29 August 2009

Kisah Cinta Kami "Cinta Kolestrol" Bab 1



Aku mengenali laili pada Mei 2003, suatu hari aku membaca majalah URTV yang dibeli oleh adik aku.. tengah membelek majalah tu, aku ternampak wajah laili dalam ruangan Member URTV.. aku terpikat engan senyuman laili yang sweet sangat. Aku pun mengambil kertas dan menulis surat perkenalan kepada laili..time tu takde no tel yang dapat aku contact dia dalam URTV..
Tidak lama kemudian aku terima satu panggilan dari area Klang, aku dah dapat agak bahawa laili yang call aku..Merdu & manja suara laili.. aku terpesona seketika.. setelah berminggu2 bercakap didalam telefon, aku pun memberaikan diri untuk berjumpa dengan laili untuk pertama kali..


Nasib baik laili setuju dengan syarat aku mesti jemput dia kat rumah.. ALAMAK !!! mati lah aku.. Pada hari yang dijanjikan akau pun pergi keruma dia mengikut alamat yang diberikan..aku berjumpa dengan orang tua laili.. mereka sangat baik & sporting.. aku pun bersembang kosong kerana laili masih sibuk touch up..

Last2 mak laili panggil aku turun sebab laili dah siap. Aku berdebar2 sebab nak lihat wajah laili untuk kali pertama..sebab dalam majalah URTV laili hanya memberi gambar separuh jerr.. Aku pun turun dan terlihat seorang wanita bert-shirt hitam & berseluar jeans..

Oh my God !! jujur aku katakan, itulah ayat yang terdetik dalam fikiran aku.. Besarnya!! pendek pulak tu.. rasa macam tak percaya bahawa didepan aku adalah laili.. Macamana nak buat ni? takkan nak cabut lari.. aku pun buat biasa jer..selepas dapat green light dari orang tua laili, aku pun ajak laili keluar ..

Dalam kereta laili banyak mendiamkan diri, kononnya malu lah tu.. first date kami ke Putrajaya,time tu baru bukak lagi, so kami lepak kat tepi tasik sambil bersembang dan menikmati pemandangan yang indah.. aku sebenarnya tak berapa suka lepak kat outside ni, panas! kepala aku mesti sakit berdenyut2.. tapi nak jaga hati terpaksa laa!! dalam hati aku berbisik, ok gak dia ni. boleh layan lawak2 bodoh aku.. so, semenjak itu aku dan laili kerap berjumpa.. aku tenang bila dapat melihat wajah laili.. Kadang2 tension fasal bisnes pun hilang bila dapat duduk bersembang dengan laili.. kadang2 boleh makan 3 jam kami bersembang, tak terasa waktu berlalu.. Itulah serba sedikit tentang perkenalan kami

No comments:

Kenangan Aidilfitri 2009


Singah Ziarah