29 August 2009

Kisah Cinta Kami "Cinta Kolestrol" bab 2

Kami Bertunang Pada Januari 2005

Sepanjang tempoh perkenalan kami, aku diduga dengat hebat.. Bisnes aku lingkup & aku menanggung hutang yang banyak.. Cash kat tangan pun dah kering. Nak makan burger RM1.70 pun aku tak mampu.. Aku betul2 tertekan.

Selagi boleh aku cuba sorokkan problem dari pengetahuan laili. Satu hari aku keluar dengan laili, kami lepak kat kedai makan.. aku membisu seribu bahasa. Laili perasan dengan perubahan sikap aku. Jika selama ini ada saje benda nak aku cerita , hingga laili tak kering gusi mendengar lawak dari aku..

Aku pun memberitahu perkara sebenar.. dia menjadi pendengar setia aku.. rasa lapang sikit jiwa aku.. Esoknya dia telefon aku, katanya dia boleh membantu aku.. aku tanya macam mana? dia kata dia nak apply loan bank rakyat. Aku rasa terkejut sangat sebab aku dengan dia hanya bercinta dan tiada ikatan apa2 lagi.. aku betul terharu dengan kepercayaan dia kat aku..
Aku dapat rasakan bahawa dialah cinta aku untuk susah senang bersama..kerana peristiwa inilah aku terus melamar dia & kami pun bertunang.Kesian aku tengok laili, baju tunang hanya tempah dengan tukang jahit kampung,memang sempoi sangat2,dia malu nak pegi buat kat butik takut orang gelakkan dia,so seadanya jelah...

No comments:

Kenangan Aidilfitri 2009


Singah Ziarah