29 September 2009

Syukur PadaMu Ya Allah !! Baru minum jus 2 bulan lebih .. laili mengandung !


Syawal tahun ini membawa banyak erti kepada diriku & laili.. segala perancangan sepanjang syawal berjalan dengan teratur mengikut plan.. Aku bersyukur kerana dapat menjalani ibadah puasa penuh sebulan .. Laili pun cukup sebulan... aku heran kerana period dia dah delay.

Lepas tu laili suka sangat makan benda masam, anggur hijau, apple hijau, laksa, asam keping, jeruk2.. pernah sekali tu dia beli jeruk banyak giler.. aku pun hairan, mengandung ker?? dalam diam aku pergi ke farmasi untuk membeli pregnancy test..

Sampai rumah aku bagi laili..dia terkejut !! aku cakap try laa,manalah tahu memang ada.. tapi aku suruh dia buat test pagi2 esok..pagi tu dalam pukul 6.20 pagi laili kejut aku.. "Bang..Bang..bangun.." aku tanye kenapa? dia tunjuk alat test tu kat aku, ada 2 line.. Ya Allah !! terus celik mata aku.. macam mimpi, aku terus peluk laili erat2 !! Syukur Ya Allah!!

Sebelah malam aku bawa laili Untuk Berjumpa Doktor Kegemarannya, Klinik Riki Baba.. dan kami buat sekali lagi pregnancy test, adik nurse yang buat test tu sampai sebut YES!! bila tengok ada 2 line.. Kami gembira sangat, laili sampai menangis mcam tak percaya !! Laili disahkan mengandung 4minggu...

Nampak gaya aku akan jadi ayah tak lama lagi.. dan laili tak boleh minum jus diet lagi sebab mengandung.. maybe berat laili akan naik kerana hamil.. tapi aku tak kisah semua tu.. Yang penting penantian kami selama 4 tahun berakhir, terima kasih Ya Allah & terima kasih jus mate!!

No comments:

Kenangan Aidilfitri 2009


Singah Ziarah